X

Kindly register in order to view this article
!

Mercy Malaysia bantu program outreach vaksin 'rumah ke rumah'

Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR – Mercy Malaysia akan menggerakkan sumber dana dan sukarelawannya untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program ‘outreach’ vaksin pada pertengahan bulan depan dengan membantu pemberian vaksin dari rumah ke rumah.

Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tumpuan akan diberikan kepada individu terlantar sakit di rumah, orang kurang upaya dan individu dengan masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak dapat pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau berkata, fasa pertama program itu akan membabitkan 20 sukarelawan Mercy Malaysia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk dihantar ke program outreach vaksin KKM di Selangor dan Kuala Lumpur

“Kita menyokong KKM untuk melaksanakan PPV bergerak untuk menyampaikan vaksin kepada golongan sasaran.

“Pergi terus kepada komuniti untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok bagi mengekang Covid-19,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!