Gaduh kerana parkir sebelum meninggal dunia

Lokasi kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang, Seremban pada Jumaat.
Lokasi kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang, Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Gara-gara masalah parkir, dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang, di sini sebelum salah seorang daripadanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian lebih kurang jam 7.17 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun telah datang ke rumah majikannya yang terletak bersebelahan rumah suspek berusia 21 tahun.

"Siasatan awal mendapati pada awalnya pergaduhan antara mangsa dan suspek warga Myanmar itu melibatkan masalah parkir.

"Mangsa dikatakan telah parkir keretanya di hadapan rumah suspek ketika datang ke rumah majikannya," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan mangsa itu menyebabkan suspek berang kerana suspek telah pun meletakkan tanda tidak dibenarkan parkir di atas jalan di hadapan rumahnya.

Ujarnya, mangsa yang tidak berpuas hati apabila ditegur telah memprovok suspek sebelum berlaku pertengkaran dan adegan tolak-menolak.

"Selepas kejadian itu, mangsa rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri.

"Polis yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia sebelum disahkan oleh pegawai perubatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu katanya, suspek ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Said berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini untuk bedah siasat.