59 PPV dijangka beroperasi di Negeri Sembilan menjelang Jun

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 59 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 dijangka beroperasi di Negeri Sembilan menjelang Jun depan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah mempersiapkan lebih banyak PPV di lokasi seluruh negeri bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan dengan baik dan lancar.

"Pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan setakat ini masih bergantung kepada bekalan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Menerusi penambahan PPV di seluruh Negeri Sembilan diharapkan dapat memberi peluang lebih ramai masyarakat untuk menerima vaksin," katanya dalam kenyataan dimuat naik menerusi Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aminuddin menyeru rakyat negeri ini supaya mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi membentuk imuniti berkelompok.

"Ia secara tidak langsung membendung pandemik ini daripada terus merebak," katanya.

Katanya, sehingga kini, seramai 452,823 individu ataupun 53.31 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini telah mendaftar untuk menerima vaksin.

Menerusi kenyataan sama, Aminuddin turut menyertakan senarai PPV, tarikh mula beroperasi serta kapasiti per hari bagi setiap lokasi.

Artikel Berkaitan: