MAIK sumbang RM30,000 kepada Palestin

MAIK menyalurkan bantuan berjumlah RM30,000 kepada penduduk Palestin menerusi NGO, Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach).
MAIK menyalurkan bantuan berjumlah RM30,000 kepada penduduk Palestin menerusi NGO, Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach).
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan bantuan berjumlah RM30,000 kepada penduduk Palestin bagi membantu masyarakat yang memerlukan di sana.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan tersebut disalurkan atas dasar tanggungjawab serta keprimanusiaan kepada masyarakat Islam di negara tersebut.

"Sumbangan wang tersebut disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan di sana.

"Tidak sampai 24 jam, sumbangan MAIK akhirnya tiba di bumi Palestin dan diuruskan sebaik mungkin oleh 20 sukarelawan iReach yang bertugas.

"Antara sumbangan yang diberikan ialah makanan dan kit penjagaan kebersihan membabitkan 250 keluarga yang berdepan kemusnahan seratus peratus kediaman akibat letupan serta bedilan roket zionis," katanya di sini pada Jumaat.

Sumbangan disalurkan melalui I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.
Sumbangan disalurkan melalui I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.

Mohamad Rizam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat, pewakaf dan mereka yang telah menginfakkan harta menerusi MAIK untuk dimanfaatkan bersama, bukan sahaja kepada rakyat di Kelantan tetapi juga buat saudara seagama di Palestin.

Sementara itu, Pengarah iReach, Johari Ariff Ismail menerusi facebook MAIK turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada MAIK kerana memberi kepercayaan dan amanah kepada pihaknya sebagai penghubung bagi membantu saudara mara seagama di Gaza.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menzahirkan kesyukuran di atas kejayaan bagi menunaikan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh MAIK dan pada masa sama bantuan itu dapat sampai tepat pada masanya.