Pengantin baru perkosa gadis lembam

Suspek dikenali sebagai Halim (kanan) ditahan polis kerana memperkosa jirannya yang merupakan seorang gadis lembam.
Suspek dikenali sebagai Halim (kanan) ditahan polis kerana memperkosa jirannya yang merupakan seorang gadis lembam.
A
A
A

PATTALLASSANG - INDONESIA. Seorang pemuda yang baru mendirikan rumah tangga dicekup polis selepas memperkosa seorang gadis dalam kejadian di daerah Takalar, Sulawesi Selatan.

Pemuda itu sempat bersembunyi selama beberapa jam sebelum diberkas kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan) pada Selasa.

Menurut polis, kejadian malang menimpa mangsa berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam berlaku pada lewat petang Isnin lalu.

Polis memperkenalkan mangsa sebagai IR, diperkosa suspek di sebuah kawasan berhampiran sawah padi di Dusun Bolo.

"Suspek adalah jiran mangsa. Sebelum kejadian, mangsa duduk berseorangan di belakang rumahnya.

"Kemudian, suspek mengajak mangsa ke kawasan sawah dan memperkosanya," kata Ketua Siasatan Jenayah Takalar, Asisten Komisioner Muhammad Warpah.

Tambah Muhammad, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada ibu-bapanya.

Ibu-bapa mangsa dan penduduk kampung yang berang mula mencari suspek dan kehadiran polis berjaya mengelak suspek daripada teruk dibelasah.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, suspek dikenali sebagai Halim, 19, baru mendirikan rumah tangga kira-kira dua bulan lalu. - Kumparan