X

Kindly register in order to view this article
!

KDN tidak kompromi kes kematian tahanan

Kementerian Dalam Negeri
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai semasa penugasan ataupun melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian tahanan.

Tegas KDN, arahan telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkaitan agar memulakan siasatan berhubung insiden berkenaan.

"Segala siasatan berhubung kes-kes tersebut dilaksanakan dengan menyeluruh, adil dan telus berlandaskan lunas perundangan sedia ada," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut kementerian itu, pihaknya menerusi PDRM bersedia menambah baik prosedur operasi standard (SOP) mengenai penahanan suspek dalam lokap dari masa ke masa.

"Ini bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang," katanya.

KDN turut mengesahkan pihaknya menerima memorandum kematian dalam tahanan yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd Sani Hamzan; ADUN Sentosa, G Gunarajan dan ADUN Rawang, Chua WeI Kiat pada Khamis.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!