10 minit tangkap ular sawa bawah meja peniaga daging

Anggota APM menangkap ular sawa batik yang ditemui melingkar di bawah meja peniaga di Pasar Awam Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim pada Jumaat. - Foto Ihsan APM
Anggota APM menangkap ular sawa batik yang ditemui melingkar di bawah meja peniaga di Pasar Awam Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim pada Jumaat. - Foto Ihsan APM
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kemunculan seekor ular sawa batik sepanjang 3.6 meter dengan berat 40 kilogram (kg) mengejutkan seorang peniaga daging di Pasar Awam Felda Sungai Behrang di sini pada Jumaat.

Kehadiran reptilia itu disedari pemilik gerai terbabit ketika mahu memulakan perniagaannya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 8.05 pagi.

Ular sawa batik yang ditemui di bawah meja peniaga Pasar Awam Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim pada Jumaat. - Foto ihsan APM
Ular sawa batik yang ditemui di bawah meja peniaga Pasar Awam Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim pada Jumaat. - Foto ihsan APM

"Anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri menangkap haiwan itu dengan menggunakan cangkuk.

"Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia yang ditemui melingkar di bawah meja," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungkai untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: