'Saya tak kecil hati'

Kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan dalam laman sosial peribadinya.
Kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan dalam laman sosial peribadinya.
A
A
A

SEREMBAN - "Saya tidak kecil hati, itu hak RTM sama ada nak siarkan atau tidak ucapan saya," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan RTM sabotaj Kerajaan PH (Persekutuan) kerana tidak menyiarkan secara langsung ucapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan Ahad lalu di saluran RTM.

Kata Aminuddin, beliau tidak ada masalah dengan perkara tersebut ( tidak siarkan ucapan secara langsung) yang penting majlis sambutan yang diadakan pada malam itu berlangsung dengan sempurna dan meriah.

"Bagi saya itu bukan isunya, program pun sudah selesai dijalankan, tidak timbul pun isu saya berkecil hati, ucapan saya malam itu pun adalah sekadar ucapan alu-aluan sahaja.

"Terpulang kepada RTM dan kementerian untuk memilih siapa, mungkin malam itu ada Perdana Menteri (PM) jadi RTM pilih untuk siarkan ucapan PM, saya tiada masalah," katanya pada sidang media di Wisma Negeri hari ini.

Bagaimanapun katanya, semua ucapan beliau ada disiarkan di saluran radio NegeriFM.

Tambahnya, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai isu tersebut, sehinggalah Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan itu, membuat kenyataan dan menegur RTM yang dikatakan seakan sabotaj kerajaan PH kerana tidak membuat siaran langsung semasa Ahli Parlimen Seremban itu berucap.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan dalam laman sosial peribadinya mendakwa, RTM cuba sabotaj Kerajaan Persekutuan?

Artikel Berkaitan:

Beliau mendakwa, TV1 yang sepatutnya ditugaskan untuk membuat liputan Sambutan Tahun Baharu Cina PH yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selain menteri-menteri Kabinet lain termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, namun tiada satu pun sedutan ucapan daripada bosnya itu dan Menteri Besar tidak disiarkan secara langsung.