Fenomena Istiwa’ A’dzam beri peluang umat Islam semak arah kiblat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini boleh melakukan semakan berhubung arah kiblat yang tepat di premis masing-masing susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam pada jam 5.16 petang Jumaat.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan berkata, ketika fenomena itu berlaku, kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu tepat di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi.

Beliau berkata fenomena ini berlaku dua kali setahun iaitu hari ini (Jumaat) dan 16 Julai depan pada jam 5.28 petang.

“Apabila Istiwa’ A’dzam ini berlaku, bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan arah Kaabah (kiblat). Gunakan objek tegak dan lurus seperti tiang rumah, tingkap rumah atau lain-lain, bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut menunjukkan ke arah kiblat.

“Semakan kiblat boleh dilakukan dalam tempoh 5.10 petang hingga 5.40 petang. Pastikan waktu semakan adalah mengikut waktunya,” katanya ketika pada Jumaat.

Jamali juga berkata, orang ramai boleh membuat semakan waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia di mst.sirim.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: