Sultan Johor cadang 'lockdown' bersasar di negeri bersempadan

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan kerajaan agar 'lockdown' penuh bersasar bagi negeri bersempadan dikuatkuasakan bagi menangani jumlah kes Covid-19 di negeri-negeri terbabit.

Titah baginda, langkah itu dicadangkan tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

"Contohnya zon selatan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan 'full lockdown' selama dua minggu diikuti zon lain seperti di pantai timur Semenanjung seperti di Pahang, Terengganu, Kelantan," titah baginda kepada Royal Press Office pada Jumaat.

Sultan Johor bertitah, negeri yang tidak 'lockdown' boleh meneruskan kegiatan ekonomi di bawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kawasan masing-masing.

"Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi Covid-19 di negara kita. Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita.

"Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat," titah Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan: