Polis berkas lelaki tunjuk kemaluan

Polis memberkas seorang lelaki dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada seorang remaja perempuan dalam kejadian di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, di sini pada Ahad.
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada seorang remaja perempuan dalam kejadian di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, di sini pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Polis memberkas seorang lelaki dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada seorang remaja perempuan dalam kejadian di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu melibatkan mangsa berumur 14 tahun.

"Ketika kejadian, mangsa sedang memberi makanan kepada kucing di hadapan rumahnya sebelum didatangi suspek yang merupakan jiran sebelah rumah mangsa.

"Suspek berbual dengan mangsa sebelum bertindak memegang dan mengeluarkan kemaluannya serta menunjukkan kepada mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Suspek berumur 43 tahun dan bekerja sebagai juruteknik itu kemudiannya diberkas polis pada Khamis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan: