Kepulauan Tumpat perlukan jambatan

Petugas keselamatan terpaksa menggunakan pengangkutan air untuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk di PKPD Kepulauan Tumpat.
Petugas keselamatan terpaksa menggunakan pengangkutan air untuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk di PKPD Kepulauan Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Penduduk di Kepulauan Tumpat di sini, memerlukan jambatan bagi menghubungkan mereka dengan kawasan daratan dalam urusan harian mereka.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kemudahan itu amat diperlukan oleh lebih 1,000 penduduk di situ terutama setiap kali berlakunya kecemasan.

"Beberapa hari ini tular video kesukaran (petugas) untuk menguruskan jenazah positif Covid-19 di kawasan ini dan ia amat meruntun hati saya," katanya.

Sebelum itu, beliau turun padang meninjau program agihan makanan kepada penduduk Kepulauan Tumpat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jeti Kok Majid, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, isu pembinaan jambatan ke kawasan berkenaan telah dibangkitkan di Parlimen sejak 2018 lagi, namun tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini.

Che Abdullah bagaimanapun berkata, beliau akan terus berjuang bagi memastikan pembinaan jambatan itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Artikel Berkaitan: