SPRM digesa pantau kaedah pemberian vaksin

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memantau kaedah pemberian vaksin untuk rakyat bagi memastikan ia telus selain mengelakkan mereka terpengaruh dengan pelbagai khabar angin terutama melalui media sosial.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) melalui kenyataan pada Jumaat berkata, SPRM perlu memberi perhatian serius terhadap peruntukan besar yang diberi oleh kerajaan bagi memastikan ia digunakan sebaik mungkin tanpa sebarang ketirisan.

Kenyataan MCW itu juga menegaskan semua rakyat Malaysia yang layak sepatutnya menerima vaksin yang terbaik dan paling selamat.

“MCW mendesak pengagihan vaksin kepada golongan rakyat yang paling terdedah kepada virus ini dilakukan secara telus bagi melindungi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, SPRM juga memainkan peranan penting bagi memastikan keyakinan rakyat kekal terhadap komitmen kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

“MCW dan rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas komitmen tinggi kerajaan Malaysia dalam memastikan pandemik ini diatasi segera.

“Ketelusan merupakan kunci utama keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan. Jangan ada rakyat yang diketepikan dan kroni politik diutamakan,” kata MCW.

Artikel Berkaitan: