MAFI pantau isu lambakan hasil pertanian

Che Abdullah (tengah) menunjukkan barangan makanan yang akan diagihkan kepada penduduk di PKPD Kepulauan Tumpat.
Che Abdullah (tengah) menunjukkan barangan makanan yang akan diagihkan kepada penduduk di PKPD Kepulauan Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa melakukan pemantauan berkait isu lambakan bahan mentah pertanian terutama buah-buahan di negara ini sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pemantauan itu bagi mengelakkan para petani berdepan masalah untuk memasarkan produk keluaran mereka.

"Jika ada lambakan, kita akan terus turun untuk membantu dengan mengerah segala kepakaran yang ada di MAFI," katanya kepada pemberita ketika meninjau agihan makanan kepada penduduk di Kepulauan Tumpat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini pada Jumaat.

Menurutnya, MAFI sentiasa mencari alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata, pelbagai program disediakan MAFI dalam membantu golongan petani yang terjejas bagi memastikan beban dipikul itu berjaya dikurangkan.

Che Abdullah berkata, MAFI memberi jaminan bekalan makanan sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah cukup.

Katanya, rakyat tidak perlu khuatir kerana semua rantaian makanan negara bergerak seperti biasa bagi menampung permintaan sepanjang tempoh tersebut.

Artikel Berkaitan: