X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

JTKSM boleh ambil tindakan syarikat tak patuh arahan

Saravanan (tengah) membuat lawatan mengejut bagi meninjau pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di sebuah kilang, pada Jumaat.
A
A

SERDANG - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) boleh mengambil tindakan mengikut Akta 342 terhadap syarikat yang tidak mematuhi arahan kerajaan untuk membenarkan pekerja beroperasi dari rumah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tindakan berkenaan boleh dikuatkuasakan selepas Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kelulusan.

Menurutnya, perkara itu sudah diluluskan di peringkat teknikal dan akan dibawa ke peringkat MKN petang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di sebuah kilang membuat automobil, pada Jumaat.

Lawatan itu bertujuan meninjau pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di kilang berkenaan selain memastikan 60 peratus tenaga kerja di kilang itu mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lebih lanjut, Saravanan mengakui pihaknya menghadapi masalah dari segi penguatkuasaan kerana terdapat syarikat yang tidak mematuhi arahan kerajaan untuk membenarkan pekerja mereka beroperasi dari rumah.

“Kementerian menerima aduan berkaitan perkara itu tetapi kita tiada sebarang akta untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana Akta 342 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, selepas JTKSM boleh membuat tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 342 itu, denda yang akan dikenakan kepada syarikat atau industri ialah RM50,000 manakala RM10,000 terhadap individu.

Sementara itu, Saravanan menegaskan, KSM tidak pernah membatalkan penguatkuasaan Akta 446 seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Pada hari pertama dikuatkasakan sehingga hari ini pegawai kanan JTKSM sedang melaksanakan siasatan atau tindakan terhadap semua syarikat mengikut Akta 446,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!