Abbas tolak bayaran cukai dari Israel

Mahmoud Abbas
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak lagi akan menerima hasil cukai yang dikutip bagi pihak Israel selepas ia memutuskan untuk mengurangkan jumlah bantuan kewangan terhadap keluarga Palestin.

Pengumuman itu dibuat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyatakan PA akan terus membuat bayaran itu dan tidak akan menerima pemindahan sebahagian daripada hasil cukai dari Tel Aviv.

"Kami menolak cukai itu dan enggan menerimanya. Jika hanya tinggal 20 juta (RM22 juta) atau 30 juta shekel (RM34 juta), kami akan gunakannya untuk membayar kepada keluarga Palestin," tegasnya.

Di bawah perjanjian damai sementara, Israel mengutip cukai di Tebing Barat dan Genting Gaza serta membuat bayaran bulanan kepada PA berjumlah kira-kira AS$222 juta (RM904 juta) setiap bulan.

Kementerian Kewangan Israel pada Rabu memaklumkan ia mengumpulkan kira-kira 700 juta shekel (RM788 juta) dan memindahkan kira-kira 600 juta shekel (RM675 juta) kepada PA selepas ditolak bayaran bekalan elektrik, air, kumbahan dan perkhidmatan rawatan perubatan.

Ahad lalu, Tel Aviv memberitahu ia akan membekukan kira-kira lima peratus bayaran kepada keluarga penduduk Palestin yang terkorban atau dipenjarakan. - Reuters