X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Benzema mampu menyerlah bersama Perancis

Karim Benzema
A
A

BEK Real Madrid, Raphael Varane percaya rakan sepasukannya, Karim Benzema mampu menyesuaikan diri bersama skuad kebangsaan Perancis walaupun telah lima tahun tidak beraksi bersama skuad Les Bleus itu.

Menurutnya, Benzema yang telah meledak 30 jaringan bersama Los Blancos dalam semua pertandingan musim ini dilihat tidak berdepan masalah untuk kembali membantu memperkuatkan pasukan menjelang saingan Euro 2020 kelak.

Malah katanya, Benzema juga diyakini mampu menyinar bersama Perancis yang diundi dalam Kumpulan F bersama juara bertahan, Portugal, Jerman dan Hungary.

“Tentunya saya gembira Benzema kembali bersama pasukan. Bagi tempoh lima hingga enam tahun kebelakangan ini ia adalah sesuatu yang sukar untuk saya menjawab persoalan mengenai dia.

“Walaupun saya tidak banyak memainkan peranan bersama pasukan namun saya gembira kerana dia (Benzema), bakal kembali bersama kami.

“Secara keseluruhannya, memang kami mengalu-alukan kehadirannya semula bersama pasukan,” katanya.

Tambah Varane, kehadiran Benzema, 33 dilihat bakal memperkuatkan lagi jentera serangan Perancis bersama gandingan Antoine Griezman dan Kylian Mbappe.

Malah katanya, kualiti permainan yang dimiliki Benzema akan turut mempengaruhi rakan-rakan sepasukan yang lain untuk mempamerkan aksi terbaik nanti.

“Antara salah satu kualiti yang dimiliki Benzema adalah kebolehannya untuk berinteraksi dan membentuk persefahaman yang baik dengan rakan-rakan sepasukan yang lain.

“Dia memiliki kelebihan daripada segi itu dan itulah nilai yang kami harapkan agar dia mampu mempamerkan gaya permainannya yang sebenar.

“Diharapkan agar dia mampu melakukannya pada aksi persahabatan dengan Wales yang dijadualkan berlangsung di Nice, Rabu depan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!