Mancini optimis Verrrati boleh beraksi

Khidmat Verratti ditagih bagi memperkuatkan lagi penguasaan di bahagian tengah skuad The Azzurri.
Khidmat Verratti ditagih bagi memperkuatkan lagi penguasaan di bahagian tengah skuad The Azzurri.
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini optimis pemain tengah, Marco Verrati bersedia untuk beraksi pada Euro 2020 kelak.

Menurut Mancini, khidmat bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu ditagih bagi memperkuatkan lagi penguasaan di bahagian tengah skuad The Azzurri itu.

Bagaimanapun, Mancini pemain tengah Inter Milan, Stefano Sensi berkemungkinan besar bakal terlepas aksi Euro kali ini berikutan kecederaan paha yang dialaminya.

“Kakitangan perubatan kami sedang sibuk menangani permasalahan kecederaan dalam kalangan pemain kami ketika ini.

“Verrati dilihat menunjukkan progres yang baik untuk sembuh daripada kecederaan manakala Pellegrini (Lorenzo) didapati semakin beransur pulih dari sehari ke sehari.

“Dalam pada itu kami juga akan menilai tahap kecederaan Sensi bagi melihat sejauh mana kecederaan yang dialami pemain berkenaan,” katanya.

Terdahulu, ketiga-tiga pemain berkenaan sebenarnya telah pun disenaraikan dalam 33 pemain skuad Azzurri itu sebelum disahkan mengalami kecederaan berkenaan.

Difahamkan, Sensi mengalami kecederaan paha ketika beraksi pada aksi terakhir Serie A berdepan Udinese 23 Mei lalu manakala Pellegrini pula dilaporkan mengalami kecederaan paha ketika saingan liga sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Mancini berharap untuk melihat aksi kesemua pemain pada aksi persahabatan berdepan Republik Czech pada 4 Jun pada aksi ‘pemanas badan’ terakhir sebelum berdepan Turki di Stadio Olimpico bagi aksi pembukaan Euro 2020, 11 Jun depan.

“Kita juga bakal berdepan Switzerland dan Wales dalam Kumpulan A dan diharapkan skuad kali ini mampu melakar lebih banyak kejayaan pada saingan kali ini,” katanya.