Pastikan Bagan Datuk bebas sampah

Program Thrash Hero Bagan Datuk dilaksanakan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan.
Program Thrash Hero Bagan Datuk dilaksanakan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan.
A
A
A

BAGAN DATUK - Dalam usaha memastikan Bagan Datuk bersih dari pembuangan sampah merata-rata, sebuah komuniti yang diberi nama Thrash Hero Bagan Datuk tampil mengadakan program kesedaran.

Pengasas Komuniti Thrash Hero Bagan Datuk, Asraf Khalid Sulaiam berkata, program julung kali diadakan baru-baru ini mendapat sokongan anak muda di daerah itu untuk turut sama mengutip sampah di sekitar Bagan Datuk Waterfront.

Menurutnya, komuniti itu bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini kerana ia diasaskan di Thailand pada 2013.

"Misi utama pertubuhan ini ialah untuk mengajak masyarakat bagi bersama-sama membersihkan sampah, mengelakkan pembaziran dan akhirnya mewujudkan dunia tanpa sampah.

"Pertubuhan ini boleh disertai oleh sesiapa yang secara sukarela dan untuk menjalankan aktivitinya sangat mudah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, komuniti itu dicadangkan penubuhannya oleh Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan pengasas komuniti Thrash Hero Teluk Intan, Beh Zeng Kang.

Katanya, usaha murni untuk menjaga kebersihan persekitaran Bagan Datuk memerlukan penglibatan penduduk setempat.

Beliau berkata, anak muda Bagan Datuk dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai komuniti ini supaya tanggunjawab menjaga kebersihan dipupuk dari awal.

Artikel Berkaitan: