Tajuddin dilihat memasuki ibu pejabat UMNO untuk mesyuarat PRU-15

Tajuddin sedang mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis Menara Dato' Onn, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi Jumaat.
Tajuddin sedang mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis Menara Dato' Onn, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat memasuki ibu pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pagi Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengarah Pilihan Raya UMNO, tiba dibangunan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat dengan Sekretariat Pilihanraya UMNO berhubung persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada Jumaat, Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu dilaporkan telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam namun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Difahamkan, beliau ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.

Sementara itu, pada Rabu, kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan tersebut diambil selepas sidang media dikendalikan Tajuddin bagi menjelaskan insiden kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan sebagai tidak profesional, biadab dan memalukan.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau dalam sidang akhbar tersebut.

Lebih memalukan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah 'normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Tajuddin ucap 'terima kasih'