X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Kilang sarung tangan di Kuala Pilah ditutup 14 hari

Satu mesej tular berhubung situasi kes positif Covid-19 yang melibatkan pekerja kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh.
A
A

KUALA PILAH - Sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh di sini diarahkan menutup operasinya oleh pihak berkuasa selama 14 hari bermula Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah ( JKPBD ) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, tindakan itu diambil susulan terdapat lapan pekerjanya yang disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

"Kesemua pekerja kilang terbabit yang terdiri daripada warga asing dari Bangladesh dan warga tempatan dengan jumlah keseluruhan seramai 415 orang termasuk lapan individu yang disahkan positif wabak itu.

"Ujian saringan Covid-19 secara berperingkat telah dijalankan dan kesemua pekerja berkenaan sedang dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian calitan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan keputusan ujian saringan yang diterima pada Jumaat, seramai 71 pekerja kilang itu disahkan positif Covid-19 membabitkan 64 warga asing dan tujuh warga tempatan.

"Sementara itu, 232 individu negatif wabak berkenaan manakala 112 individu lagi masih menunggu keputusan ujian saringan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, kawalan dan pemantauan akan terus dilaksanakan di kilang terbabit untuk memastikan mereka mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana ditetapkan.

" Justeru, orang ramai diharap terus mematuhi SOP ditetapkan supaya rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!