X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Hospital Selayang sedia kontena khas simpan jenazah

Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat mangsa Covid-19.
A
A

SELAYANG - Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya memaklumkan, kontena khas berkenaan disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

“Ia boleh menempatkan 20 mayat tambahan memandangkan peti jenazah di hospital itu sentiasa penuh,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, kematian akibat Covid-19 di negara ini semakin meningkat terutama di Lembah Klang.

Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.
Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

Pada 16 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah mangsa virus itu.

KKM memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus mangsa kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini yang lanjut usia usia dan menghidap lebih daripada satu penyakit kronik atau komorbiditi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!