Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat disebabkan sentimen berhati-hati dalam pasaran global.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat disebabkan sentimen berhati-hati dalam pasaran global.
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat disebabkan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1410 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata, pelabur memberi reaksi daripada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dengan jumlah tuntutan pengangguran awal lebih rendah daripada jangkaan, yang biasanya positif bagi dolar AS.

“Sebaliknya, data jualan rumah yang belum selesai yang lebih rendah daripada jangkaan memberi tekanan kepada mata wang AS. Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada dasarnya sejajar dengan jangkaan, gagal mengurangkan keraguan pelabur mengenai pemulihan ekonomi AS,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1245/1288 daripada 3.1258/1293 semasa ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0429/0507 daripada 5.0450/0499.

Ia turut naik berbanding yen kepada 3.7657/7706 daripada 3.7890/7925, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.8755/8830 daripada 5.8424/8479.

Artikel Berkaitan: