X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Mangsa banjir di Beaufort dibenarkan pulang

Keadaan banjir di Beaufort semakin pulih dan tiga PPS di daerah berkenaan ditutup pada pagi Jumaat. - Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Lebih ramai mangsa banjir di Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini dengan hanya 118 mangsa daripada 27 keluarga yang tinggal di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 602 orang daripada 155 keluarga, pada petang Khamis.

Berikutan keadaan banjir di kawasan berkenaan beransur pulih, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan tiga PPS di daerah berkenaan ditutup pada pagi Jumaat.

"Hanya PPS di Dewan DSP Mohd Dun Banir beroperasi pagi ini dan pihak kami kini sedang memantau situasi banjir di Beaufort bagi memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan mangsa banjir pulang ke rumah," menurut kenyataan itu.

Banjir bermula sejak 20 Mei lepas akibat hujan lebat berterusan itu menjejaskan 47 buah kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!