X

Kindly register in order to view this article
!

KSSB rangkul anugerah lagi

Kakitangan pengurusan meraikan kejayaan KSSB merangkul Anugerah Kecemerlangan Korporat Dalam Sektor Utama Pengurusan Perlombongan Mampan dan Transformatif sempena International Business Review ASEAN Awards 2020.
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) merangkul Anugerah Kecemerlangan Korporat Dalam Sektor Utama Pengurusan Perlombongan Mampan dan Transformatif sempena International Business Review ASEAN Awards 2020 pada 2 April lalu.

Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Fariz Ghazali mewakili KSSB menerima anugerah tersebut dalam acara yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Mohamed Fariz (kiri) mewakili KSSB menerima anugerah sempena International Business Review ASEAN Awards 2020 di WTC Kuala Lumpur.
Mohamed Fariz (kiri) mewakili KSSB menerima anugerah sempena International Business Review ASEAN Awards 2020 di WTC Kuala Lumpur.

Majlis dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kakitangan pengurusan KSSB.

Anugerah berprestij itu menjadi pembakar semangat kepada KSSB untuk terus bergerak maju melakukan inovasi sistem pengurusan yang mampan.

Piala yang dimenangi oleh KSSB.
Piala yang dimenangi oleh KSSB.

International Business Review ASEAN Awards merupakan anugerah yang mengiktiraf badan korporat, agensi dan pemimpin industri yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara.

Anugerah tersebut merupakan kejayaan terkini KSSB selepas berjaya meraih tempat pertama Anugerah Kategori Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral yang Mampan (Pengedaran Mineral Bukan Logam) pada Anugerah Mineral ASEAN Kedua (AMA) di Bangkok, Thailand pada Disember 2019.

KSSB yang ditubuhkan pada tahun 2008 merupakan organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral.

Wakil-wakil penerima anugerah International Business Review ASEAN Awards 2020.
Wakil-wakil penerima anugerah International Business Review ASEAN Awards 2020.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!