Bashar al-Assad kekal Presiden Syria

Penyokong Presiden Syria Bashar al-Assad meraikan kemenangan setelah keputusan pilihan raya presiden mengumumkan bahawa Bashar menang untuk penggal keempatnya. - Foto Reuters
Penyokong Presiden Syria Bashar al-Assad meraikan kemenangan setelah keputusan pilihan raya presiden mengumumkan bahawa Bashar menang untuk penggal keempatnya. - Foto Reuters
A
A
A

DAMSYIK - Bashar al-Assad memenangi Pilihan Raya Presiden Syria yang menyaksikan beliau terus menguasai tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.

Bersama slogan kempen 'Harapan Melalui Kerja', Assad, 55, menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.

Kemenangannya pada pilihan raya yang berlangsung pada Rabu sudah pasti memberi tamparan kepada penentang beliau di dalam dan luar Syria.

Assad berjaya meraih 95 peratus undi walaupun negara Barat mendakwa pilihan raya itu adalah 'tidak adil mahupun bebas.' - AFP

Artikel Berkaitan: