Sekitar 3.1 peratus sahaja rakyat Malaysia lengkap divaksin

Indonesia ialah negara ASEAN berpopulasi tinggi yang pantas memberikan vaksin kepada penduduknya.
Indonesia ialah negara ASEAN berpopulasi tinggi yang pantas memberikan vaksin kepada penduduknya.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Malaysia mula menjalankan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan pada 21 Februari lepas.

Berdasarkan data vaksin Covid-19 Google, seramai 2,730,536 rakyat di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 25 Mei lepas.

Daripada jumlah tersebut, 1,731,231 orang menerima dos pertama manakala 999,305 telah melengkapkan dos kedua.

Bagaimanapun, jumlah tersebut masih rendah dan masih jauh lagi untuk mencapai imuniti kelompok antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus membendung penularan wabak berkenaan.

Setakat ini, mereka yang yang sudah melengkapkan dos kedua hanya sekitar 3.1 peratus.

Namun, jumlah tersebut dijangka bertambah lagi selepas kerajaan membuka 300,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) pusingan kedua pada Rabu lepas.

Slot yang memberi keutamaan kepada penduduk berusia 60 tahun ke bawah di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri, Sarawak itu dijangka bermula pada Jun ini.

Berbanding negara kita, Singapura, Kemboja dan Brunai ialah antara negara ASEAN yang pantas memberikan vaksin kepada penduduknya setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sebagai contoh, Singapura telah memvaksin 37 peratus penduduknya sejak Januari lepas yang mana 1,616,419 daripadanya telah melengkapkan dos kedua.

Sementara di Brunai pula sebanyak 1.3 peratus daripada 400,000 penduduknya telah lengkap dos kedua.

Di Kemboja pula, sebanyak 10 peratus daripada 16 juta penduduknya telah melengkapkan dos kedua walaupun negara tersebut lewat menerima vaksin.

Namun, jumlah populasi penduduk yang rendah berbanding Malaysia membolehkan ketiga-ketiga negara menyegerakan pemberian vaksin kepada rakyatnya.

Setakat ini, hanya Laos negara berpopulasi rendah yang tahap pemberian vaksinnya perlahan.

Ini kerana negara tersebut lewat menerima vaksin yang dibeli dari China dan Rusia selain mencatatkan jumlah kes yang rendah, lapor Bangkok Post.

Bagi negara berpopulasi tinggi pula, Indonesia menjadi negara terpantas yang memberikan vaksin kepada penduduknya.

Sehingga 25 Mei lepas, seramai 26 juta penduduknya telah divaksin selepas negara itu memulakan program imunisasi Covid-19 pada Januari lepas.

Bagaimanapun, mereka yang lengkap divaksin setakat ini hanya sekitar 3.8 peratus iaitu 10 juta daripada 276 juta populasi penduduknya.

Manakala negara berpopulasi tinggi lain seperti Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam tahap pemberian vaksinnya masih rendah dan perlahan.

Rakyat yang telah melengkapkan dos kedua di setiap negara berkenaan tidak sampai 5 peratus daripada populasi keseluruhan penduduknya.