X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 seluruh dunia lebih 168.5 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 168.5 juta kes selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. Foto Xinhua
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 168.5 juta kes selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.2 juta kes dan diikuti India dengan 27.36 juta kes serta Brazil dengan lebih 16.27 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 3.5 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 592,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 454,000 kes; India lebih 315,000 kes; Mexico lebih 222,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan menghampiri 500,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 diikuti Malaysia.

Singapura kekal dengan 32 kematian setakat ini. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!