Lelaki ditahan paksa anak tiri pegang kemaluan

Polis menahan seorang lelaki, di sini pada Rabu yang dipercayai tergamak memaksa anak tiri perempuannya memegang kemaluannya ketika isterinya tiada di rumah. Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki, di sini pada Rabu yang dipercayai tergamak memaksa anak tiri perempuannya memegang kemaluannya ketika isterinya tiada di rumah. Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Polis menahan seorang lelaki, di sini pada Rabu yang dipercayai tergamak memaksa anak tiri perempuannya memegang kemaluannya ketika isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa dihalau keluar dari rumah di Kampung Delek Baru, Klang oleh bapa tirinya itu pada Jumaat lalu.

Menurutnya, ia berikutan bapa tiri mangsa menjumpai sekeping kertas bertulis 'benci kepada bapak tiri' di dalam beg mangsa.

"Siasatan awal, mangsa membuat dakwaan punca dirinya menulis kenyataan itu kerana marah dan benci dengan perbuatan suspek (ayah tiri) yang telah memaksanya memegang kemaluan suspek.

"Setelah dihalau, mangsa telah pergi ke rumah rakan sekolahnya dan menceritakan apa yang telah berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suspek di Kampung Delek Baru, kira-kira jam 1250 tengah hari pada Rabu.

Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek berusia 37 tahun itu telah beberapa kali memaksa mangsa memegang kemaluannya sejak tahun 2019 ketika isterinya tiada di rumah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang tidak bekerja itu kini direman enam hari sehingga 1 Jun.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.