X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki edar dadah diberkas

Antara dadah yang dirampas dalam Serbian di sebuah kondominium di Jalan Kuching pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di tepi Jalan Sri Utara Kepong di sini pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 39 tahun itu dalam sebuah kereta jenis Mercedes pada jam 4 petang.

"Hasil soal siasat, kita telah menyerbu sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini dan berjaya merampas dadah yang disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 5.70 kilogram yang bernilai RM 201,960," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Adnan berkata, selain itu pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan wang tunai RM10,000.

"Siasatan awal, kita mendapati rumah tersebut telah disewa selama lapan bulan oleh suspek dengan bayaran sewa RM1,800 sebulan," katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal urin mendapati suspek negatif dadah dan dia tidak mempunyai rekod lampau.

"Suspek ditahan reman tujuh hari bermula Selasa hingga hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!