MAFI galak usaha penyelidikan selaras dengan keperluan rakyat

Che Abdullah
Che Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggalakkan usaha penyelidikan diteruskan bagi memperkasakan hasil-hasil penyelidikan selaras dengan keperluan rakyat dan industri agromakanan di Malaysia.

Timbalan Menteri II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penyelidikan mampu mengimbangi keperluan semasa dan menyumbang kepada pemerkasaan industri secara keseluruhannya.

Menurutnya, sektor perikanan adalah antara bidang keutamaan dalam industri agromakanan di Malaysia.

“Ia menjadi lebih penting dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kelancaran rantaian makanan dan sekuriti makanan negara terutama pengeluaran hasil laut yang merupakan salah satu sumber protein bagi rakyat.

“Semua sedia maklum, sektor pertanian dan industri makanan termasuk sektor perikanan telah diletakkan di bawah perkhidmatan perlu (essential services) dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Kita masih belum bebas daripada ancaman Covid-19. Kita mesti terus memastikan kelancaran rantaian bekalan dan jaminan makanan yang mencukupi serta stabil untuk rakyat dalam apa juga keadaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Seminar Penyelidikan Perikanan 2021 adalah platform penting bagi mengetengahkan data-data dan hasil dapatan daripada kajian yang dilakukan penyelidik dalam industri perikanan negara.

Menurutnya, seminar bertemakan ‘Realisasi R&D Ke Arah Pembangunan Holistik Perikanan’ diadakan secara maya, anjuran Jabatan Perikanan (DOF) menerusi Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) pada Khamis.

Artikel Berkaitan: