Covid-19: India catat 211,298 kes baharu, 3,847 kematian

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - India mencatatkan 211,298 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah jangkitan mencapai 27,369,093, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga negara itu pada Khamis, lapor Sputnik.

Pada masa yang sama korban akibat jangkitan itu telah mencecah 315,235 orang, dengan 3,847 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Sehari sebelumnya, negara berkenaan mengesahkan terdapat 208,921 kes Covid-19 baharu dengan 4,157 kematian.

India berada di kedudukan kedua daripada segi jumlah kes positif Covid-19 yang disahkan, selepas Amerika Syarikat dengan jumlah pesakit kini melebihi 33.19 juta orang.

Sehingga kini, lebih 168.19 juta orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dan lebih 3.49 juta kematian dicatatkan, menurut Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: