Dipenjara, sebat kerana merompak

Ahmad Faizal dipenjara 10 tahun dan 6 sebatan kerana didapati bersalah atas 2 pertuduhan merompak.
Ahmad Faizal dipenjara 10 tahun dan 6 sebatan kerana didapati bersalah atas 2 pertuduhan merompak.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah melakukan rompakan berkumpulan terhadap pasangan adik beradik, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 6 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha setelah tertuduh, Ahmad Faizal Ali Haidzir, 27, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa bersama-sama seorang lagi yang sudah disabitkan, merompak wang tunai RM2,300 dan sebuah telefon bimbit milik Sok Rong Jie, 29, di sebuah kilang papan di Besut, pada 24 Mei 2017, kira-kira jam 4.45 petang.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merompak wang tunai RM81 dan sebuah telefon milik seorang lagi mangsa, iaitu Sok Lian Gi, 32, di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Azman kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan berkenaan dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Alias Ibrahim & Co, Ahmad Nizam Mohamed.

Sebelum ini, rakan tertuduh yang mengaku salah di Mahkamah Sesyen sama pada 27 Jun 2017, telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan.

Artikel Berkaitan: