X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kes baharu varian Afrika di Perlis

Tiada penambahan kes baharu jangkitan Covid-19 varian Afrika Selatan B.1.351 di Perlis setelah kes pertama dikesan pada 7 Mei lepas. - Gambar hiasan
A
A

KANGAR - Tiada penambahan kes baharu jangkitan Covid-19 varian Afrika Selatan B.1.351 di Perlis setelah kes pertama dikesan pada 7 Mei lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, selepas kes pertama jangkitan varian tersebut direkodkan, tiada lagi jangkitan baharu melibatkan varian itu selepas dua minggu pesakit berkenaan meninggal dunia.

“Ada beberapa kriteria pesakit dikenal pasti sebelum sampel mereka diambil bagi menentukan berlakunya jangkitan ‘varian-of-concern’ VOC dari luar negara,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perlis juga tidak merekodkan penambahan kluster baharu, selepas kluster Jalan Kampung Bakau baru-baru ini.

“Kebanyakan kes yang dicatatkan di Perlis adalah kes import dan kontak rapat kes positif adalah dari luar Perlis,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!