Malaysia akan terima lebih 25 juta vaksin Pfizer

Gambar hiasan - Foto Fail Agensi
Gambar hiasan - Foto Fail Agensi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia dijangka akan menerima lebih 25 juta dos vaksin Pfizer-BioNtech pada suku tahun ketiga tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia susulan perjanjian tambahan sebanyak 12. 8 juta dos yang telah ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.

"Ini menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang telah ditempah kerajaan meningkat kepada sebanyak 44.8 juta atau cukup untuk 70 peratus daripada jumlah populasi.

"Dengan penambahan ini, sukacita saya umumkan bahawa Malaysia akan mendapat sebanyak 25 juta dos (vaksin Pfizer)," katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, lebih 2.2 juta dos vaksin itu akan diterima negara pada bulan depan.

"Sejumlah 444,600 dos akan dihantar setiap minggu bagi tempoh lima minggu.

"Ini bermakna jumlah keseluruhan vaksin Pfizer yang telah dan akan diterima sehingga akhir Jun adalah lebih 4.9 juta dos," katanya.

Jelasnya lagi, pemberian vaksin juga dijangka dapat diberikan pada kadar 150,000 suntikan sehari pada Jun ini.

Artikel Berkaitan: