Terima kasih kerana iktiraf media: NPC

Pengumuman kerajaan mengenai petugas media akan menerima suntikan vaksinasi Covid-19 dalam masa terdekat, merupakan satu berita yang amat baik. - Gambar hiasan
Pengumuman kerajaan mengenai petugas media akan menerima suntikan vaksinasi Covid-19 dalam masa terdekat, merupakan satu berita yang amat baik. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan mengenai petugas media yang akhirnya akan menerima suntikan vaksinasi Covid-19 mereka dalam masa terdekat, merupakan satu berita yang amat baik, menurut Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC).

Timbalan Presidennya, Haresh Deol yang berterima kasih kerana mengiktiraf media berkata, suntikan vaksinasi itu akan membantu melindungi petugas media yang bertugas di lapangan, dalam memastikan pembaca dan penonton mereka terus mendapat maklumat dan berita terkini.

Beliau berkata, ia juga satu pengiktirafan kepada industri media, yang kerajaan secara khususnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia faham dan hargai, tugas-tugas dijalankan petugas media.

“Kami berharap lebih ramai orang termasuk warga emas dan mereka daripada industri lain akan menerima vaksinasi mereka dalam masa terdekat, bagi mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Pada Selasa, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, sejumlah 5,867 petugas media dari 114 media berdaftar, akan menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka dan janji temu akan diberikan secepat mungkin, sebaik butiran mereka diterima Badan bertindak Imunisasi Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: