Tiga gergasi Eropah enggan tunduk tekanan UEFA

Tiga gergasi bola sepak Eropah, Real Madrid, Juventus, Barcelona mahu teruskan pelaksanaan ESL.
Tiga gergasi bola sepak Eropah, Real Madrid, Juventus, Barcelona mahu teruskan pelaksanaan ESL.
A
A
A

TIGA kuasa besar bola sepak Eropah Real Madrid, Barcelona dan Juventus menegaskan tidak akan tunduk kepada tekanan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk mengakhiri pembentukan Liga Super Eropah (ESL), sebaliknya bertekad meneruskan perlaksanaan cadangan tersebut.

Kenyataan berkenaan dibuat susulan tindakan UEFA pada Selasa yang menegaskan akan mengenakan tindakan terhadap ketiga-tiga kelab berkenaan yang tidak bersetuju dengan cadangan UEFA untuk melancarkan ESL.

“Tindakan ini secara keseluruhannya secara terang-terangan mempengaruhi keputusan mahkamah keadilan yang telah pun membuat keputusan memberikan amaran kepada UEFA untuk tidak mengenakan tindakan terhadap mana-mana kelab ketika prosiding undang-undang masih berlangsung.

“Oleh itu, prosiding tatatertib oleh UEFA adalah tidak dapat difahami dan ia juga adalah bertentangan dengan undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab berkenaan adalah sebahagian daripada 12 kelab yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan liga berkenaan berikutan mendapat bantahan keras daripada peminat, badan-badan sukan bola sepak termasuk kerajaan.

Terdahulu, ESL telah pun dilancarkan dengan 12 kelab yang bersetuju tetapi dengan tindakan kelab-kelab seperti Manchester United, Liverpool, Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal, AC Milan, Inter Milan dan Atletico Madrid yang pada awalnya telah berundur tetapi akhirnya telah mencapai persetujuan dengan UEFA.

Sementara itu, kenyataan berkenaan turut mengatakan UEFA turut menjangkakan ketiga-tiga kelab berkenaan untuk menarik diri daripada prosiding mahkamah berhubung perkara itu.

“Sebenarnya, untuk memodenkan bola sepak menerusi dialog terbuka, UEFA turut menjangkakan kami akan menarik daripada prosiding berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Sekali gus, ini menerangkan mengenai usaha UEFA untuk memonopoli bola sepak Eropah,” katanya.