X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki sedang kuarantin hilang tempat tinggal

Kediaman mangsa di Jalan SMRK Rengit, Batu Pahat musnah terbakar dalam kejadian tengah malam Rabu. (Foto: Ihsan Bomba)
A
A

BATU PAHAT- [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, hilang tempat tinggal apabila kediamannya hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan SMRK Rengit, di sini tengah malam Rabu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 26 itu bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api mula marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah malam, sebelum 36 pegawai dan anggota dari BBP Rengit, BBP Ayer Hitam, Fire Pos Benut dan Pasukan Bomba Sukarela Benut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi, kita dapati api sedang marak membakar rumah berstruktur kekal itu, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian itu.

“Kita memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, kebakaran tersebut telah memusnahkan 80 peratus rumah manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, mangsa tinggal berdua dengan ibunya namun ibunya yang berusia 67 tahun kini menjalani kuarantin di pusat kuarantin sejak 21 Mei lalu manakala mangsa menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!