Kedai makan R&R Gunung Semanggol operasi hingga 8 malam

Semua premis makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua kawasan (arah utara dan selatan) beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Semua premis makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua kawasan (arah utara dan selatan) beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
A
A
A

IPOH - Semua premis makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua kawasan (arah utara dan selatan) beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, aturan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bagan Serai bermula Khamis sehingga 9 Jun depan.

Bagaimanapun menurut beliau, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam.

"Premis makanan dan minuman di lain-lain lokasi R&R di sepanjang Lebuhraya PLUS juga dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam.

"Semua pembelian adalah membabitkan makanan dan minuman secara bungkusan sahaja, manakala makan di premis R&R tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan Covid-19.

"Dengan semangat #KitaJagaKita, kami berharap anda semua dapat mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19, demi melindungi diri sendiri dan semua pihak yang berada di sekeliling," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya boleh layari laman web PLUS di www.plus.com.my serta menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram PLUS Malaysia atau twitter@plus2u.

Artikel Berkaitan: