Kertas siasatan terhadap Neelofa hampir lengkap

Neelofa ketika hadir ke IPD Seremban pada Isnin lalu. -
Neelofa ketika hadir ke IPD Seremban pada Isnin lalu. -
A
A
A

SEREMBAN - Kertas siasatan terhadap selebriti popular Noor Neelofa Mohd Noor yang didakwa memakai niqab tanpa mengenakan pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban kini sudah 70 peratus lengkap.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam proses mengemas kini kertas siasatan untuk dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

"Saya beri jaminan yang kertas siasatan sedang dilengkapkan dan polis akan memastikan tidak ada sebarang penyorokan siasatan.

"Jika jelas dia (Neelofa) melanggar undang-undang, maka kita akan maju kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk buat keputusan sepatutnya," katanya kepada Sinar Harian ketika membuat pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) di Pasaraya Mydin Seremban 2, di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan netizen supaya tidak lagi memperbesarkan kes melibatkan selebriti itu dengan menjadi 'mahkamah' di alam maya.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan Neelofa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung kes beliau didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Neelofa didakwa melanggar SOP PKP dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir untuk pendakwaan di Kompleks Mahkamah Seremban pada 20 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa selesai beri keterangan tidak pakai pelitup muka