8 klinik swasta, KBMC di Kelantan dibenar beri suntikan vaksin Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan sebanyak lapan klinik dan sebuah hospital swasta mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, klinik berkenaan ialah Klinik Ehsan, Klinik Dr Azhar, Klinik Dr Firdaus, Poliklinik Optima, Klinik Ummah, Klinik Perdana Tendong, dua Klinik Premier cawangan di Tanjong Chat, di sini serta di Tok Bali, Pasir Puteh manakala sebuah hospital swasta iaitu Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

"Enam daripada klinik ini sudah melaksanakan operasi sejak 18 Mei lalu dan tiga lagi (termasuk hospital) akan memulakan operasi mereka pada 1 Jun depan,“ katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan individu yang ingin mendapatkan suntikan agar berdaftar melalui MySejahtera terlebih dahulu bagi memudahkan pengendalian lokasi suntikan dijalankan.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, suntikan vaksin itu diberikan secara percuma kerana semua kilinik dan hospital berkenaan menerima subsidi daripada kerajaan dan kesemua vaksin dibekalkan oleh kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: