Syed Saddiq beri keterangan isu Tajuddin tak pakai pelitup muka

Syed Saddiq hadir ke IPD Dang Wangi pada Khamis untuk direkod keterangan berkenaan ciapan di Twitternya berkaitan tindakan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Khamis.

Syed Saddiq yang tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari itu memberi keterangan berhubung ciapannya di Twitter berkaitan tindakan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar.

Menurut Syed Saddiq, beliau telah memberi kerjasama penuh sepanjang proses rakaman percakapan tersebut berjalan.

“Hari ini saya hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung ciapan di Twitter mempersoalkan Tajuddin yang memakai hanya 'face shield' tanpa pelitup muka ketika sidang akhbarnya.

Ciapan di Twitter Syed Saddiq berkaitan tindakan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar.
Ciapan di Twitter Syed Saddiq berkaitan tindakan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar.

"Rakaman percakapan sebentar tadi yang memakan masa sejam setengah ke dua jam berkait rapat dengan isu itu," katanya pada sidang akhbar di hadapan IPD Dang Wangi pada Khamis.

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Syed Saddiq untuk direkod keterangan.

Artikel Berkaitan:

"Beliau (Syed Saddiq) akan menjadi saksi kes," katanya ringkas.