Covid-19: 7,857 kes baharu hari ini

Sebanyak 7,857 kes positif Covid-19 baharu dikesan pada Khamis. - Foto Bernama
Sebanyak 7,857 kes positif Covid-19 baharu dikesan pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini terus meningkat bagi tempoh tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 7,857 kes dicatatkan pada Khamis sekali gus rekod tertinggi pernah dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini ialah sebanyak 541,224 kes.

"Daripada jumlah itu, terdapat lapan kes import dan 7,849 penularan dalam negara membabitkan 7,340 rakyat tempatan serta 509 warga asing," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jumlah kes aktif yang direkodkan di seluruh negara kini ialah sebanyak 69,408 kes.

"Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) turut meningkat kepada 771 kes termasuk 392 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Tegas beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 59 kes kematian sekali gus menjadikan jumlahnya kepada 2,491 kes pada Khamis.

Menurutnya, kes kematian berkenaan melibatkan 19 kes di Selangor, selain Sarawak (sembilan), Johor (tujuh), Kuala Lumpur (enam), Kelantan (lima), Negeri Sembilan (tiga), Pulau Pinang (empat), Kedah (dua) serta masing-masing satu di Sabah, Melaka, Perak dan Terengganu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,598 kes pulih daripada Covid-19 dicatatkan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 469,325 kes iaitu 86.7 peratus daripada keseluruhan kes," ujar beliau.

Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Selangor kekal penyumbang tertinggi angka tersebut iaitu sebanyak 2,675 kes.

"Ia diikuti Sarawak sebanyak 772 kes dan Kelantan sebanyak 754 kes," katanya.

Selain itu, katanya, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 561 kes, manakala negeri lain ialah Johor (549), Kedah (441), Negeri Sembilan (353), Terengganu (282), Pahang (238), Melaka (234), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (enam).

Pada Selasa, Malaysia mencatatkan sebanyak 7,289 kes baharu positif Covid-19 dan meningkat kepada 7,478 kes pada Rabu.