Nazirul sandaran baharu Sabah perkuat benteng

Nazirul antara sandaran baharu Sabah dalam mengharungi baki saingan Liga-M musim ini.
Nazirul antara sandaran baharu Sabah dalam mengharungi baki saingan Liga-M musim ini.
A
A
A

SABAH FC berjaya mengikat bekas pertahanan kiri skuad kebangsaan Nazirul Naim Che Hashim dari Perak FC, pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Perak FC berkenaan pelepasan Nazirul, dan berharap kehadiran pemain berusia 28 tahun itu dapat memantapkan lagi barisan pemain pertahanan skuad The Rhinos.

“Pemain kelahiran Kuala Kangsar yang bermain bersama Perak sejak 2016 itu, baru-baru ini memohon pelepasan daripada pengurusan Perak FC dan menjadi pemain terbaharu yang meninggalkan Perak FC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Marzuki mengesahkan, dua pemain muda Sabah FC yang juga merupakan bekas pemain skuad B19 kebangsaan iaitu Arius Dius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus, akan dipinjamkan selama enam bulan kepada pasukan Kelantan United FC, untuk baki saingan Liga Premier musim ini.

“Pihak pengurusan Sabah FC ingin melihat kedua-dua pemain muda ini berkembang dan menimba pengalaman bermain bersama kelab lain seperti Kelantan United, sekali gus menambahkan lagi minit permainan mereka. Selain dapat meningkatkan mutu permainan dan keyakinan ia juga baik untuk Sabah FC pada masa akan datang,” katanya.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua pemain berusia 23 tahun itu berhijrah ke pasukan lain, selepas bermain bersama pasukan B19 Sabah sejak 2016, sebelum Evan dinaikkan ke skuad senior pada 2018 dan Arius pada 2019.

Artikel Berkaitan: