X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Kertas siasatan Exco Selangor langgar SOP selesai

Gambar tular memaparkan seorang Exco di Selangor dalam satu majlis sambutan hari raya di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
A
A

SHAH ALAM - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengadakan majlis sambutan hari raya di rumahnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut pada Khamis.

"Kertas siasatan itu selesai setelah kita memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut sebelum ini," katanya pada sidang akhbar melalui Google Meet pada Khamis.

Arjunaidi
Arjunaidi

Arjunaidi memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, perkara itu dikesan pihaknya selepas tular di Twitter.

Gambar yang dimuat naik @SuzieMusa itu mendakwa terdapat seorang Yang Berhormat (YB) bertaraf Exco di Selangor dalam satu majlis sambutan hari raya di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

"Susulan itu, satu laporan telah dibuat dan siasatan telah dijalankan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar SOP, polis panggil Exco Selangor


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!