Lelaki didakwa tipu syarikat insurans

Muhammed Fairus didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis kerana menipu sebuah syarikat insurans.
Muhammed Fairus didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis kerana menipu sebuah syarikat insurans.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menipu sebuah syarikat insurans, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammed Fairus Mohammad Ali Rominidass, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperdaya syarikat insurans dengan mengemukakan tuntutan insurans kemalangan jalan raya palsu hingga mendorong syarikat berkenaan meluluskan tuntutan tersebut.

Dia yang kini tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat syarikat insurans di Persiaran Greenhill, di sini pada 8 Mei 2019.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh diwakili Peguam Jagdave Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: