Lelaki dipenjara cuba masuk Singapura dengan sampan

Kedua-dua lelaki itu cuba memasuki Singapura secara haram dengan sampan.
Kedua-dua lelaki itu cuba memasuki Singapura secara haram dengan sampan.
A
A
A

SINGAPURA - REPUBLIK SINGAPURA. Pihak berkuasa Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam minggu dan empat sebatan terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun, atas kesalahan cuba memasuki negara itu secara haram menggunakan sampan.

Menurut kenyataan bersama polis serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), Ependi ditahan bersama seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Mereka ditemui di dalam sampan tersebut di kawasana laut berdekatan East Coast Park, menuju ke Singapura pada sekitar 10.45 malam (waktu tempatan) pada 10 Februari lalu.

Kedua-duanya merupakan rakyat Indonesia dipintas dan diberkas oleh Polis Pengawal Pantai di bawah Akta Imigresen kerana memasuki Singapura secara haram.

Polis dan ICA menyatakan bahawa remaja itu tidak didakwa, sebaliknya hanya diberi amaran tegas.

Di bawah Akta Imigresen, sesiapa yang didapati bersalah memasuki Singapura secara haram berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan disebat sekurang-kurangnya tiga kali.

"Kami akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas para penumpang dan kenderaan-kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan dan sempadan maritim bagi mencegah sebarang percubaan untuk menyeludup manusia, dadah, senjata, bom atau barang-barang terlarang," menurut kenyataan itu. - CNA/Todayonline

Artikel Berkaitan: