X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif global lebih 168 juta, 3.49 juta kematian

Data terbaharu Johns Hopkins University.
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 168 juta kes, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33 juta kes.

Ini diikuti India dengan 27 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.1 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 3.49 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 591,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 452,000 kes, India lebih 307,000 kes dan Mexico dengan lebih 221,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 49,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 19,000 diikuti Malaysia dengan 2,432 kes.

Singapura kekal dengan 32 kematian setakat ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!