Sudah bersediakah kita berdepan situasi paling buruk

Malaysia mencatatkan 7,478 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Foto FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Malaysia mencatatkan 7,478 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Foto FB Kementerian Kesihatan Malaysia
A
A
A

"KITA perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan paling buruk." Itu amaran terbaharu yang dilontarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika Malaysia merekodkan 7,289 jangkitan kes Covid-19 pada Selasa lalu.

Merak Jalanan tidak terkejut dengan angka yang diumumkan itu. Malah, jangan pula kita terkejut dalam beberapa hari mendatang, 'rekod baharu' boleh dicipta rakyat Malaysia. Buktinya, Malaysia mencatatkan 7,478 kes baharu Covid-19 pada Rabu - kes harian tertinggi pernah direkodkan.

Seperkara lagi, sesuatu yang turut membimbangkan Merak Jalanan - jumlah kematian yang direkodkan. Selepas Malaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu 61 kes pada 24 Mei lalu, sebanyak 60 lagi kes kematian direkodkan pada Selasa lalu.

Sudah tentu graf kes kematian membabitkan pesakit Covid-19 di negara ini sejak beberapa hari lalu tidak boleh dipandang sebelah mata. Ia satu angka yang sepatutnya memberi peringatan kepada kita semua betapa Covid-19 mampu mengancam nyawa.

Bagi Merak Jalanan, sudah sampai masanya kita sendiri bertanggungjawab mengawal situasi yang boleh dikatakan semakin meruncing ini. Cukup-cukuplah kita menuding jari menyalahkan orang lain atas sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Apa salahnya kita sendiri yang buat total lockdown - tak perlu harap kerajaan umum total lockdown di seluruh negara. Jangan kita lupa, jika berlakunya total lockdown, ada rakyat yang tersepit dalam meneruskan kehidupan mereka - sepertimana yang berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Kita hampir menang apabila hanya satu kes harian pesakit Covid-19 dicatatkan pada 1 Julai 2020. Jadi bukan sesuatu yang mustahil, kita pasti menang suatu hari nanti!

Artikel Berkaitan: