Buat pengesahan setuju atau sudah terima vaksin Covid-19

Rakyat Pahang perlu sahkan bersetuju atau sudah menerima dua suntikan vaksinasi menerima pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera dan SICP.
Rakyat Pahang perlu sahkan bersetuju atau sudah menerima dua suntikan vaksinasi menerima pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera dan SICP.
A
A
A

KUANTAN - Setiap pelanggan yang mahu berurusan di pejabat dan kaunter kerajaan Pahang perlu membuat pengesahan bersetuju atau sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengumuman itu dibuat kepada orang ramai di laman sosial Facebook milik Kerajaan Negeri Pahang pada petang Rabu.

Menurut hebahan tersebut, setiap pelanggan perlu membuat pengesahan bahawa sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang (SICP) untuk menerima dua vaksinasi.

"Kita cuma mahu menggalakkan rakyat Pahang untuk mendaftar program vaksinasi. Langkah ini untuk kebaikan semua pihak bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: